Wednesday, 8 April 2015

Love

Assalammualaikum ,

       Hari ni saya nak cakap pasal cinta yang selama ni saya pernah lalui tapi saya harap korang jangan laa fikir lain saya cuma nak share cerita silam saya dan juga yang masih dengan saya sekarang ni . Saya pernah mencintai seseorang yang sebelum ni pernah jadi milik saya tapi sekarang dia dah tak ada sebab arwah sudah pergi untuk selamanya nak dekat dua tahun . Saya rasa macam tak berguna sebab saya tak ada dengan dia bila dia pergi meninggalkan saya untuk selamanya . Korang mencintai seseorang jangan laa memilih sebab kita tak tahu kalau selama ni orang yang telah mencintai kita dan kita tidak memilih dia boleh juga jadi jodoh kita masa depan jadi korang kena laa cuba memehami antara satu sama lain sebab korang boleh je kawan dengan dia tanpa ada perasaan cinta . Dia selalu jaga saya bila saya sakit sebab masa dia dengan saya , saya selalu keluar masuk hospital sebab masa tu saya sakit teruk . Dia sanggup jaga saya walaupun kitaorang berjauhan dan saya ingat saya yang akan pergi dahulu tapi saya salah rupa rupanya masa dia tengah jaga saya dia pun tengah sakit tapi dia diam sebab tak nak saya risau . Dia bawak motor selaju lajunya dan dia dilanggar sampai dia tidak dapat menjalani hidup dia yang akan datang . Bila saya dapat tahu kenapa selama ni dia tak call atau text saya nak dekat berapa bulan rupa rupanya dia telah pergi dan saya dapat tahu semua tu dari kawan dia sendiri . Saya tidak dapat menahan air mata saya lalu saya nangis depan kawan saya dan saya peluk kawan saya mengadu yang arwah sudah pergi meninggalkan saya untuk selama lamanya yang paling buat saya sedih saya tak dapat nak bagitahu arwah yang saya sangat sangat mencintainya . Setiap malam saya menangis sampai saya mimpikan arwah jumpa saya dan saya terbangun terus menangis seteruk teruknya sebab saya sedih walaupun saya tak dapat jumpa dia depan depan tapi saya berpeluang untuk borak dengan dia dalam mimpi . Setahun kemudian saya bertemu dengan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup saya dan saya tidak mahu kehilangan dia . Sejujurnya dia lebih muda dari saya dan saya memilikinya nak dekat setahun lebih . Saya tak malu yang saya bersama orang lebih muda sebab mencintai tidak mengikut umur atau rupa tapi yang paling penting adalah hati yang sempurna . Saya tahu dia mungkin tak habis sekolah lagi tapi tak apa la selagi kitaorang masih percaya antara satu sama lain dan sayang antara satu sama lain itu sudah cukup untuk saya . Kalau boleh saya nak sangat tunjuk gambar kitaorang tapi biar laa rahsia yang dah tahu mungkin sebab korang pernah tengok dekat instagram ataupun youtube account saya . Kami selalu sangat gaduh , marah itu ini sampai tak ada siapa nak mengalah tapi akhirnya dia mengalah atau saya mengalah sebab hati tak boleh bohong betapa sayang nya kita dekat si dia tapi korang semua kena ingat yang orang selamani pernah muncul dan pernah memiliki saya , saya takkan pernah lupa . Korang percaya tak kalau saya masih berkawan dan contact dengan ex saya yang pertama sampai laa ex saya sebelum bf saya ni? Mesti tak kan ? Korang jangan laa kita benci dekat sesiapa yang pernah muncul dalam hidup kita sebab dia orang laa yang pernah jaga kita ataupun pernah memahami kita dalam pelbagai masalah yang muncul dalam hidup kita semua . Cinta laa si dia selagi mampu dan jangan pernah bertukar hati kepada orang yang lebih bagus sebab kita akan menghancurkan hati si dia dan cuba la memahami dia supaya dia boleh memahami kita selamanya . Korang pun jangan laa lupa berkawan dengan sesiapa yang pernah ada dalam hidup kita sebab kita tak tahu bila kita perlukan seseorang untuk bercerita dan memahami kita .

Thank you love for everything and i love u so much ..

Assalammualaikum semuanya .

From your one and only love paddington ..

Friendship

Assalammualaikum , 

       Hari ni ira akan cakap pasal persahabatan yang selama ni ira ada dengan seseorang yang sangat-sangat bermakna untuk ira . Ira kenal dengan dia masa ira darjah 5 dan ira tak pernah berhenti mengira berapa lama telah kami bersama rupa rupanya kami telah mengenali antara satu sama lain nak dekat 8 tahun . Dia pernah mencintai seseorang yang pernah menjadi kawan ira untuk beberapa bulan lepastu bila sudah memiliki seseorang dalam hidup dia , dia tinggalkan ira sampai diaorang putus dia pun menghilang tapi kami tidak pernah lupa antara satu sama lain . Ira tahu yang kami sayang antara satu sama lain sebab bila senang susah kami akan selalu bersama dan lalui semua nya bersama . Ira tak tahu macam mana kalau ira atau dia kahwin dahulu sebab kalau kitaorang dah kahwin semestinya semua akan berubah . Selama ira kenal dengan dia banyak sangat yang ira belajar dari dia contohnya belajar macam mana menyayangi seseorang  mencintai seseorang , dan banyak banyak lagi . Ira tak pernah mintak untuk kehilangan dia tapi ira berharap jugak takkan ada orang boleh halang kami berkawan kecuali ibubapa kami . Selagi kalian semua mempunyai kawan tak kira la lelaki atau perempuan tapi kawan ira lelaki , ira nak korang semua jaga laa persahabatan tu elok elok dan cubalaa untuk memahami antara satu sama lain sebab bila korang kehilangan dia korang akan rasa sunyi tanpa dia . Ira selalu kena bahan dengan dia dan ira tak pernah lupa setiap kali kitaorang keluar bersama pergi makan semua . Korang nak tahu tak kitaorang selalu keluar pergi mana je ? Kitaorang selalu keluar pergi mcd luangkan masa bersama tak kira puasa atau hari biasa atau raya kitaorang mesti jumpa sebab kitaorang jarang sangat jumpa ye laa busy belajar semua . Ira sayang sangat dengan dia sampai ira tak sanggup kehilangan dia . Dia laa segalanya dalam hidup ira dan tiada siapa boleh gantikan dia dalam hidup ira . Ira bersyukur dapat kawan seperti dia nak tahu kenapa? Sebab dia sama macam ira suka bergurau , banyak kisah silam yang pahit dan banyak lagi tapi itu semua takkan pernah hancurkan persahabatan kami . U kalau u baca benda ni i nak bagitahu u yang i sangat sangat bersyukur ada dengan u selalu dan i takkan pernah lupakan u walaupun u dah tak ada dengan i nanti . I akan jaga persahabatan kita elok elok dan i takkan pernah gantikan u dalam hidup i kecuali u dah pergi dan ada orang yang sama macam u insyaallah i akan fikir apa i boleh terima dia sebagai kawan atau tidak sebab i tahu u tak nak i sedih bila orang sakitkan hati i atau hancurkan diri i . Tapi i tahu nak cari seseorang yang boleh bertahan dengan kita susah tapi kita cuba sedaya upaya untuk cari yang tak terlalu sempurna tapi boleh ada dengan kita selamanya . Korang semua jaga laa kawan korang yang ada dengan korang sekarang beryukur laa selagi ada waktu tapi korang jangan laa bersedih kalau dia telah pergi sebab dia akan senyum di atas setiap kali dia nampak kita senyum . 

Thank you for everything kiddo for everything that u did for me . Your my bestie forever insyaallah .

Assalammualaikum semuanya .

From your one and only bestie Teddybear .